Tempahan Sesi Kaunseling Dirujuk JPAN
Borang ini bertujuan untuk mendapatkan butiran mengenai isu yang dihadapi oleh klien sebelum penetapan tarikh janji temu. Borang ini penting untuk dijadikan rujukan bagi Pegawai Psikologi/Kaunselor sebelum sesi kaunseling dimulakan.
Profil Pegawai Yang Dinilai
Kompetensi Pegawai Yang Dinilai
Ciri-Ciri Keperibadian Yang Dipamerkan
1. Ketidakhadiran ke pejabat tanpa izin cuti, bermula sejak (Sila Tandakan 'Tiada' Sekiranya Tidak Berkaitan)
2. Hadir ke pejabat namun sering menghilangkan diri/ponteng dari pejabat. Sila nyatakan kekerapan dengan menanda ruang yang berkenaan. (Sila Tandakan 'Tiada' Sekiranya Tidak Berkaitan)
3. Kelewatan datang ke pejabat. (Sila Tandakan 'Tiada' Sekiranya Tidak Berkaitan)
4. Sila isi ruang ulasan bertulis di bawah berkaitan isu paling membimbangkan yang
dihadapi oleh pegawai yang dinilai. Ulasan adalah berdasarkan pemerhatian
dan pengamatan oleh Pegawai Penilai kepada pegawai yang dinilai.
Segala maklumat yang telah diisi dalam borang penilaian ini adalah sulit dan wajib bagi pihak Bahagian Pembangunan Kapasiti, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dan Pegawai Penilai kepada Pegawai Yang Dinilai untuk menjaga kerahsiaan maklumat dalam borang ini.
Kedua belah pihak perlu mengambil tanggungjawab sekiranya terdapat maklumat yang dibocorkan secara sengaja atau tanpa apa-apa kepentingan kepada pihak yang tidak berkaitan/tiada kepentingan.
Ruangan ini wajib diisi oleh Pegawai Penilai kepada Pegawai Yang Dinilai, sekaligus mengakui bahawa segala maklumat yang diisi adalah benar serta penilaian telah dilakukan secara jujur dan adil.
Pegawai Penilai kepada Pegawai Yang Dinilai juga boleh mempertimbangkan untuk merujuk/tidak merujuk pegawai yang dinilai bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Seksyen Budaya Prestasi Tinggi, Bahagian Pembangunan Kapasiti, JPANS.