Pengenalan
Faedah
Matlamat
Falsafah
Kompetensi
Ahli AKRAB
Permohonan
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. AKRAB diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantara untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan. Disamping itu, ia juga sebagai penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia. AKRAB terdiri daripada pegawai yang telah dilatih dan memenuhi syarat kursus bagi Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) sebanyak tiga peringkat iaitu asas, pertengahan dan lanjutan yang dianjurkan oleh Jabatan masing-masing. AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang mana ciri-ciri ini perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
Faedah penubuhan AKRAB boleh dilihat daripada hasil kerja pegawai. Antara faedah tersebut adalah sepert berikut:
Mewujudkan pegawai yang kompeten
Mewujudkan suasana kerja yang harmoni
Membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh rakan pegawai
Meningkatkan tahap empati di kalangan warga organisasi
Organisasi yang mempunyai ahli AKRAB akan mudah memberikan tumpuan kepada menjana modal insan ke arah perkhidmatan yang bercirikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, berkualiti serta berintegriti melalui pengamalan nilai-nilai murni dikalangan ahli AKRAB. Perkongsian pengalaman dikalangan ahli-ahli AKRAB juga dapat membantu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih cekap dan pantas.
Setiap organisasi mempunyai beberapa strategi untuk meningkatkan kemantapan dan kecekapan kompetensi modal insan masing-masing. Aspek ganjaran, peneguhan dan dendaan antara strategi yang biasa digunakan untuk membangunkan modal insan dalam organisasi. Bagi menjadikan pengurusan sumber modal insan lebih humanistik, penubuhan kelompok rakan pembimbing atau AKRAB boleh membantu ahli-ahli untuk :-
i. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
Pengalaman dan pengetahuan berharga yang dimiliki oleh pegawai boleh memberi manfaat kepada organisasi. Pelbagai idea dan pemikiran kreatif akan terhasil sekiranya ia dapat dikongsi bersama warga organisasi.
ii. Memberi sokongan kepada perubahan
Pegawai memerlukan pandangan dan pendapat daripada orang lain dalam menghadapi sebarang bentuk perubahan. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai rakan yang berkebolehan dan berkemahiran untuk membantu menghadapi perubahan tersebut.
iii. Memperkuatkan semangat dalam mengekalkan perubahan
AKRAB diharap mampu membantu rakan sekerja agar perubahan positif dapat dikekalkan demi kecermalangan diri dan organisasi.
iv. Berkongsi permasalahan
Perasaan dan emosi negatif yang dipendam akan mewujudkan konflik diri pegawai. Oleh itu, ia perlu disalurkan secara positif. Justeru, ahli-ahli AKRAB boleh memainkan peranan penting dalam membantu pegawai untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan serta pengalaman secara professional.
v. Membentuk budaya kerja berpasukan
Budaya tolong-menolong, nilai-nilai kemanusiaan dan kerja secara berpasukan yang diterapkan kepada ahli AKRAB akan menjadi role model kepada pekerja yang lain.
vi. Meneguhkan perubahan yang dibuat
Perubahan tingkah laku yang dilaksanakan oleh pegawai perlu diberi peneguhan dan penghargaan agar perubahan tersebut berkekalan. Contohnya dengan cara memberi idea, maklum balas dan motivasi media kepada rakan-rakan sekerja.
Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.
Sentiasa bersifat amanah bagi menjaga rahsia dan maruah rakan yang dibimbing serta menjaga tahap profesionalisme dalam melaksanakan tugas serta menjaga kelangsungan perkhidmatan yang diberikan.
Sentiasa memberikan komitmen yang jitu dan usaha yang bersunguh-sungguh bagi memastikan peranan sebagai ahli AKRAB mampu dilaksanakan.
Sentiasa rasional dalam menjalankan tugas sebagai ahli AKRAB kerana perlu menerima rakan yang ingin dibimbing seadanya walaupun berbeza.
Sentiasa menjaga penampilan diri dan berakhlak mulia boleh menimbulkan rasa percaya orang lain terhadap diri ahli AKRAB dan perkhidmatan yang diberikan.
Seseorang ahli AKRAB perlu memiliki ciri kecerdasan,berpengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang mulia.
i. Amanah dan menyimpan rahsia
ii. Menerima dan menghormati orang lain
iii. Memahami batasan dan keupayaan diri
iv. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek
v. Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain
vi. Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi
vii. Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam
i. Amanah dan menyimpan rahsia
ii. Menerima dan menghormati orang lain
iii. Memahami batasan dan keupayaan diri
iv. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek
v. Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain
vi. Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi
vii. Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam
| No. | Nama | Kementerian / Jabatan / Agensi |
|---|---|---|
| 1 | SUZNIE @ DAYANG BINTI BALUS | Bahagian Kabinet dan Dasar |
| 2 | SARI ALFARINIE @ FAUZAIAH BINTI MATZIN | Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat |
| 3 | RAZALI DAIT | Jabatan Arkib Negeri Sabah |
| 4 | SHIRLEY SION | Jabatan Arkib Negeri Sabah |
| 5 | MASLUH BINTI SITAL | Jabatan Bendahari Negeri |
| 6 | SITI KAJAR @ SITI HAJAR BINTI MAKMUD | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam |
| 7 | YULIYANA BINTI MOHD. YUNUS | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam |
| 8 | FAIRUZ BTE ABIDIN | Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri |
| 9 | WINNIE ANGGON @ MARINI ABDULLAH | Pejabat Daerah Kota Belud |
| 10 | ABD. MALIK BIN ABD. RASHID | Jabatan Hidupan Liar |
| 11 | JAFFRI BIN BAHAN (IR.) | Jabatan Pengairan dan Saliran |
| 12 | JASSICA JANE MOHD AFSUR KHAN | Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) |
| 13 | NORFISAHBILAH BINTI SURAHMAN @IBHAHIM | Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri |
| 14 | CELESTINA ARON | Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri |
| 15 | CLARICE ADRIAN | Jabatan Air Negeri Sabah |
| 16 | AZNIZ BINTI AZILAH | Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am |
| 17 | HALIZAH HARRIS | Jabatan Pembangunan Sumber Manusia |
| 18 | FAIZAL BIN AHMAD | Jabatan Perlindungan Alam Sekitar |
| 19 | HAZLYN LIAW | Jabatan Perlindungan Alam Sekitar |
| 20 | ROMUALD B. PETRUS | Jabatan Perlindungan Alam Sekitar |
| 21 | AZALI BIN ALING | Jabatan Pertanian |
| 22 | NORMAH GUDANG | Jabatan Pertanian |
| 23 | PUTERA JALI | Jabatan Bendahari Negeri |
| 24 | DOROTHIA GEORGE | Kementerian Kewangan |
| 25 | SAID BIN SULAIMAN | Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) |
| 26 | FATIMAH BINTI SIMIN | Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah |
| 27 | DR. MAKLARIN BIN LAKIM | Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah |
| 28 | ERIYANA BINTI MOHAMAD IDRIS | Lembaga Sukan Negeri Sabah |
| 29 | JONAH BIN PITAH | Majlis Perbandaran Tawau |
| 30 | NORHAYATI BINTI AMAT | Majlis Perbandaran Tawau |
| 31 | LOUNIS BIN DIMIS @ MOHD. ZIKRI ABDULLAH | Pejabat Media dan Komunikasi |
| 32 | MATADIN AG. BESAR | Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri |
| 33 | FIRUZ IDZUALDEEN @ BENETTY B. MOHD. DZUL | Pejabat Daerah Lahad Datu |
| 34 | LAIDEH @ FRANCIS BUGIS | Pejabat Daerah Kota Belud |
| 35 | SAINA BINTI MATINGUNG | Pejabat Daerah Pitas |
| 36 | NELSON DOMIL OLUK | Pejabat Daerah Kuala Penyu |
| 37 | SYED RIDZUAN SHAH BIN SH SIHAN | Kementerian Belia dan Sukan |
| 38 | MOHD. SHAH BIN JIDIR | Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) |
| 39 | JOAN LEONARD LANSANGAN | Jabatan Kerja Raya |
| 40 | MAZOD BIN ONDU | Perpustakaan Negeri Sabah |
| 41 | ROHANA ARIFFIN | Jabatan Muzium Sabah |
| 42 | DAYANG INTAN SHAHERAH BINTI HARRIS | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
| 43 | RAYNIH BTE MOHD YUSSOF | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
| 44 | RABIYATUL ADAWIYAH BINTI MATSAH | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
| 45 | SITI JAUYAH BINTI SIDEK | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
| 46 | JENNIE ANITA HANSOL | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
| 47 | GLORIE DIANA JOSEPH | Dewan Bandaraya Kota Kinabalu |
| 48 | VILINA PASSON JOHN | Kementerian Kewangan |
| 49 | HANISH SHAMSIAH BINTI TALIP | Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri |
| 50 | AIDAH BINTI ABIDIN | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 51 | BERNADETTE BINTI ANACLETUS | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 52 | EDI BIN ABDUL MAJID | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 53 | HIERWAN @ MOHD IKRAM BIN MURSHID | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 54 | LARASSA YUMING | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 55 | MOHD ALVIAN ZAIDY BIN ABD SITIA | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 56 | MOHD. ROZLAN BIN JAAFAR | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 57 | MONICA LATIUS | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 58 | NOOR HIDAYAH BINTI AMEENUDDEN | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 59 | NORAINIE BINTI MATALI | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 60 | TEDDY ROMEOZ DONALD | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 61 | WINIFRED BINTI JOUNY @ WINNIE FRED | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 62 | ZURAIDAH JAMIL | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 63 | ZAIM YAZIRWAN AMIN | Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri |
| 64 | ALIJAH BTE ISMAIL | Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakjat |
| 65 | NUR ADZELA SYAHIRA BINTI JULKIFLI | Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri |
| 66 | MUHAMMAD BIN HJ. MOHD. ALI | Pejabat Daerah Papar |